Monday, August 4, 2008

minggu ke-2...ATTACHMENT

24 julai 2008-(8AM-11AM)

-Pada hari ini,Puan Sakinah meminta kami menyempurnakan tugasan yahoo.group masing-masing supaya beliau dapat memberi markah kepada kami dari setiap tugasan yang disiapkan.
-Beliau juga meminta kami menghantar emel dengan maklumat peribadi serta melampirkan (attachment) gambar kepadanya.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHANTAR ATTACHMENT:
  1. Taip laman web http://www.yahoo.com
  2. Klik SIGN IN. Saya isikan alamat emel saya, faizz_mashi2@yahoo.com serta pasword saya. Klik LOG IN.
  3. Selepas itu, akan terpapar paparan untuk menghantar emel. Saya klik petak yang ada gambar pen dan kertas yang bertulis NEW.
  4. Saya isikan TO: nsakinah2001@yahoo.com, CC:faizz_mashi2@yahoo.com, Subjek: Salam
  5. Selepas itu, saya klik imej klip buaya yang tertulis ATTACH. Kemudian, satu document akan wujud. Saya klik PICTURE dan pilih gambar sebagai lampiran untuk dihantar ke Puan Sakinah. Saya klik OPEN dan gambar tersebut sudah di masukkan ke emel yang akan saya hantar.
  6. Seterusnya, saya taipkan maklumat diri untuk makluman Puan sakinah. Antara maklumat yang saya sertakan ialah NAMA, NO. MATRIK, PROGRAM.
  7. Akhir sekali, saya klik SEND.
-Kami sekelas berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik dan segera.

Thursday, July 31, 2008

REFLEKSI PERTAMA...MENCIPTA YAHOO.GROUP DAN MENGHANTAR E-MEL

17 julai 2008(8am-11am)

Pada hari ini, Puan Nur Sakinah telah mengajar kami dua perkara, iaitu:

a)MENCIPTA YAHOO.GROUP MELALUI LAMAN WEB YAHOO.COM

b)MENGHANTAR EMEL KEPADA RAKAN

Saya nak berkongsi semua pengetahuan untuk membuat aktiviti-aktiviti ini bersama-sama semua blogger...

A)MENCIPTA YAHOO.GROUP MELALUI LAMAN WEB YAHOO.COM

  1. Sebelum mencipta YAHOO.GROUP, saya perlu memastikan bahawa saya mempunyai alamat emel sendiri. Ini adalah alamat emel saya. faizz_mashi2@yahoo.com.
  2. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuka laman web http://www.yahoo.com.
  3. Selepas itu, saya klik image yang menunjukkan GROUPS. Laman web untuk yahoo groups muncul dan saya klik petak sign up. Selepas itu, borang untuk membuka yahoo.group dipaparkan. Saya mengisi butiran-butiran peribadi yang diperlukan. Setelah siap mengisi, saya klik pada petak Create mt account. Ucapan tahniah terpapar di skrin yang membuktikan saya telah berjaya membuat yahoo.group.
  4. Seterusnya, saya klik browse group untuk memilih jenis group yang saya ingin wujudkan. Saya klik petak SCHOOL & EDUCATION dan klik lagi pada petak COLLEGE & UNIVERSITY.
  5. Kemudian, saya diminta untuk meletakkan nama group kami. Saya memilih nama KHAMISNOORFAIZZZAH. Kami diminta untuk meletakkan perkataan Khamis di depan nama masing-masing untuk menunjukkan bahawa kami adalah pelajar kelas komputer dalam pendidikan hari khamis.
  6. Bagi melengkapkan yahoo.group kami ini, kami diminta untuk mencari alamat emel kawan-kawan dan memastikan yahoo.group untuk kumpulan kelas kami mencukupi seramai 27 orang termasuk diri saya sendiri dan puan sakinah. Oleh itu, saya klik petak INVITE di bahagian kiri yahoo.group dan satu petak kosong akan terpapar untuk mengisi laman web rakan group. Saya pun menaip semua alamat emel rakan sekelas serta alamat emel Puan Sakinah. Setelah siap, saya klik petak INVITE.
  7. B) MENGHANTAR EMEL KEPADA RAKAN
    1. Saya buka laman web http://yahoo.com. Klik "sign in". Selepas itu, saya masukkan alamat emel dan pasword saya lalu klik log in.
    2. Saya akan menghantar emel kepada kawan saya, iaitu Lumbai binti Mandang. Oleh itu, saya klik petak yang mempunyai gambar pensil dan kertas yang bertulis "new". Selepas itu, saya isi TO: luem88@yahoo.com, CC: faizz_mashi2@yahoo.com dan subjek :salam perkenalan. Pada petak kosong tersebut, saya taipkan maklumat-maklumat diri saya untuk dikongsi bersama Lumbai. Antaranya ialah, NAMA PENUH, NO. MATRIK, PROGRAM. Kemudian, saya klik petak SEND. Selepas itu, Lumbai telah membalas emel saya. maka, saya klik petak FORWAD DAN ISIKAN to: nsakinah2001.com. Selepas itu, saya klik SEND.
    3. PUAN sAKINAH memberi markah penuh kepada saya.

Wednesday, July 30, 2008

WELCOME TO MY BLOG...

SALAM PERKENALAN....

nama saya NOOR FAIZZAH MOKHTI....

no. matrik A122119

umur 20 TAHUN....

asal MIRI,SARAWAK,MALAYSIA

fakulti PENDIDIKAN

program IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN ISLAM)

kolej UNGKU OMAR