Pada minggu ini, Puan Sakinah mengajar kami utuk mencipta Access.
Langkah-langkah:
1) Buka Program Microsoft Access dan klik ikon kertas yang tertulis BLANK DATABASE.2)Taip “MAKLUMAT PELAJAR 6A 2007 ” pada ruangan FILE NAME. Kemudian klik ikon folder dan pada petak save as, klik save as type-microsoft office access (2002-2003) format. Kemudian klik CREAT .
3) Seterusnya, akan terpapar TABLE kosong. Pada table ini, kmi perlu mengisi maklumat peribadi pelajar.
a) Klik double klik pada Add New Field.
b) Kemudian taip NAMA pada petak pertama, petak kedua ALAMAT, petak ketiga NAMA BAPA, petak keempat NAMA IBU, petak kelima, PENDAPATAN, petak keenam NO TELEFON.
c) Right klik pada Table1 dan klik Save. Taip PERIBADI pada TABLE NAME.
4) Kemudian, kita perlukan Table kedua untuk mengisi maklumat KURIKULUM.
a) Untuk mencipta table baru, klik CREAT dan pilih TABLE.
b) Dalam Table 2 ini, double klik pada Add New Field. Kemudian taip mata pelajaran, contohnya BM. Ulangi langkah yang sama juga untuk mata pelajaran PA,SYA,BA, dan PP.
c) Kemudian, right klik pada Table2 dan klik Save. Taip KURIKULUM pada TABLE NAME.
5) Kemudian, kita perlukan Table kedua untuk mengisi maklumat KOKURIKULUM.
a) Untuk mencipta table baru, klik CREAT dan pilih TABLE.
b) Dalam Table 3 ini, double klik pada Add New Field. Kemudian taip KELAB, PERSATUAN, dan SUKAN. c) Kemudian, right klik pada Table 3 dan klik Save. Taip KOKURIKULUM pada TABLE NAME.
6) Seterusnya, kami perlu membuat RELATIONSHIP antara ketiga-tiga maklumat tadi.
a) Klik pada DATASHEET dan klik RELATIONSHIP.
b) Klik add untuk KOKURIKULUM, kemudian add dan klik untuk KURIKULUM, add PERIBADI dan klik OK dsn klik ikon close.
c) Selepas itu, tarik ID dalam kotak KOKURIKULUM ke ID dalam kotak KURIKULUM serta ID kotak KURIKULUM ditarik ke ID dalam kotak PERIBADI.
d) Kemudian klik CREATE.
7) Tugas yang seterusnya ialah mencipta borang untuk mengisi maklumat 5 oarang pelajar .
a) Klik CREATE dan pilih MORE FORM. Pada bahagian MORE FORM pilih FORM WIZARD.
b) Pada bahagian AVAILABLE FIELD, klik PERIBADI, dan pindahkan semua maklumat ke kanan dengan klik yang " >>".
c) Klik KURIKULUM, hanya pindahkan BM, PA, SYA, BA & PP sahaja.
d) Klik KOKURIKULUM, pindahkan semua maklumat ke kanan kecuali ID.
e) Kemudian klik NEXT, pilih COLUMNAR, klik NEXT, pilih NORTHWIND.
f) Kemudian pada bahagian tajuk, taip BORANG PELAJAR dan klik FINISH. Paparan borang akan keluar, da borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap untuk 5 orang pelajar. Setelah siap borang pertama tadi, klik ikon ">" untuk mengisi borang kedua, begitu juga untuk borang yang seterusnya.
g) setelah siap, right klik pada borang pelajar dan klik save dan close.
8)Seterusnya, kami dikehendaki membuat Pertanyaan.
a) Klik CREATE dan pilih QUERY WIZARD.
b) Pilih SIMPLE QUERY WIZARD dan klik OK. Pilih table Peribadi. Kemudian pindahkan ID, NAMA dan PENDAPATAN ke kanan.
c) Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip PERTANYAAN PENDAPATAN KURANG 2000. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar.
d) Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
e) Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah pendapatan dan taip <=2000. Klik OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya pendapatan ibubapa mereka yang kurang daripada RM 2000.
f) Untuk pertanyaan KURIKULUM, Klik peribadi dan pindahkan ID dan NAMA, Klik KURIKULUM dan pindahkan BA ke kanan.
g) Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip PERTANYAAN MARKAH BA KURANG 70. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar.
h) Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah BM dan taip “<=70. Klik OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya memperolehi markah kurang daripada 70.
i) Untuk pertanyaan KOKURIKULUM, klik Peribadi dan pindahkan ID & NAMA. Klik KOKURIKULUM dan pindahkan KELAB ke kanan. Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip PERTANYAAN KELAB KEBUDAYAAN. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar.
j) Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah KELAB dan KELAB KEBUDAYAAN. Klik OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya terlibat dengan bola jaring dalam sukan.
9) Tugasan akhir ialah membuat Laporan hasil dari pertanyaan tadi.
a) Klik CREATE dan pilih REPORT WIZARD.
b) Kemudian pilih Query pertanyaan pendapatan dan pindahkan
c) Klik ok dan pilih TABULAR, pilih NORTHWIND dan klik NEXT. Maka, akan keluar laporan untuk nama pelajar yang pendapatan kurang daripada 2000.Begitu juga untuk pertanyaan KURIKULUM dan KOKURIKULUM, ulangi langkah yang sama seperti pertanyaan pada bahagian peribadi tadi.
10) Setelah siap semua laporan , segala tugasan kerja hendaklah di UPLOAD ke Yahoo.group.
1 comment:
Tahniah krna berjaye mnyiapkan tugsan yg dbrikan.refleksi awk agk detail dan menarik.truskan usaha.smoga brjaye
Post a Comment