Tuesday, October 21, 2008

MENCIPTA SPSS

Pada minggu ini, Puan Sakinah mengajar kami menggunakan SPSS. SPSS ialah sebuah program yang dapat membantu membuat hasil kajian tentang sesuatu maklumat.

Sebelum menggunakan SPSS, kami perlu membuat borang soal selidik dengan menggunakan program WORD. Terdapat 3 soalan tentang latar belakang responden dan 5 soalan lagi berkaiatn tentang kemahiran penggunaan komputer. Seterusnya, borang ini diedarkan kepada rakan-rakan seramai 25 orang.

Seterusnya, kami perlu mengira data hasil dari soal selidik yang dijalankan melalui maklumat-maklumat yang diperoleh dari borang kaji selidik tadi. Pengiraan data ini hendaklah dibuat melalui SSPS. Maka, kami klik pada program SPSS.

Langkah-langkah

1) Klik Variable View. Di dalam Variable view ini, kami hanya perlu mengisi soalan-soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik kami tadi.


2) Klik petak NAME, dan isikan maklumat seperti jantina, program, tahun, dan nombor-nombor soalan yang telah dikemukakan kepada responden.

3) Klik petak DECIMALS dan injakkan jumlah kesemua petak ke "0".

4) Klik petak MEASURE
. Petak ini merupakan pilihan kepada kita untuk menentukan jenis yang sesuai untuk setiap soalan kita. Maka, pada PROGRAM, kami pilih NOMINAL, TAHUN pilih ORDINAL, JANTINA pilih NOMINAL dan kelima-lima soalan tadi dipilih SCALE.

5)
Klik Discreat Missing Values dan jika kita telah kemukakan 5 soalan responden, maka di bahagian Discreat Missing Values kita letakkan nombor 6 sebagai soalan yang tiada jawapan.

6) Klik petak VALUES. Klik icon 3titik, kemudian pada ruangan Value, taip 1, manakala pada value label taip ‘Pendidikan Islam’..kemudian klik Add dan klik OK..Taip pula 2 pada bahagian value tadi, dan pada Value Label taip ‘Pendidikan Khas’. Taip 3 pula untuk ‘Pendidikan Sukan & Rekreasi’ dengan cara yang sama. · Ulangi langkah yang sama pada bahagian value untuk memasukkan data TAHUN, JANTINA, SOALAN1, SOALAN2, SOALAN3, SOALAN4 dan SOALAN5.

6) Klik petak ALIGN, dan klik Center untuk meletakkan kedudukan yang sama.

7) Seterusnya, klik DATA VIEW untuk mengisi jawapan-jawapan kesemua responden.

8) Seterusnya klik ANALYZE di bahagian menu dan klik DESCRIPTIVE STATISTICS dan pilih FREQUENCIES dan klik DISPLAY FREQUENCIES TABLE. Semua data tersebut hendaklah dipindahkan ke kanan dengan klik ikon ">".Seterusnya, klik CHART dan pilih PIE CHART dan akan muncul item CONTINUE dan klik OK

9) Setelah selesai, hantar ke yahoo.group

No comments: