Islam adalah agama Allah yang diperintahkan-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk diajarkan pokok-pokok dan peraturan-peraturannya, ditugaskan-Nya untuk menyampaikan agama tersebut kepada umat manusia dan mengajak mereka untuk memeluknya. FirmanNya, Maksudnya: Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam
Dari sudut bahasa, Islam membawa kepada pelbagai makna kerana perkataan Islam itu adalah nama terbitan dan kata kerjanya ialah perkataan “salam” yang mengandungi tiga makna iaitu:
- Tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin. Islam merupakan satu-satunya agama yang sempurna dari pelbagai sudut. Islam merupakan agama yang diwahyukan Allah s.w.t kepada utusan terakhir umat Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah menurunkan Al-Qur’an sebagai panduan umatnya sebagai bekalan hidup di dunia ini.
- Damai, aman dan sejahtera. Islam diturunkan untuk kesejahteraan dan rahmat manusia sejagat dan islam bukanlah sebuah agama yang dilabelkan sebagai agama keganasan. Agama ini adalah agama yang membawa kebaikan dan bukan menganjur kepada kerosakan kepada makhluk ciptaan-Nya.
- Taat dan menyerah. Taat bermaksud tunduk dan patuh kepada setiap ajaran. Ini bermaksud agama Islam merupakan sebuah agama yang menekankan sikap taat dan patuh kepada Allah dan ajarannya. Contohnya, amalan ‘Amar ma’aruf nahi munkar”. Menyerah pula boleh diertikan sebagai mengabdikan diri dengan sepenuhnya kepada Allah s.w.t kerana berpegang kepada nas Al-Quran bahawa “sesungguhnya tidak dijadikan manusia itu selain untuk beribadat kepada Allah s.w.t.”
CIRI KHUSUS ISLAM
Setiap agama mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri khusus Islam ialah;
- Islam adalah agama dari Allah. Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. Islam tidak seperti agama-agama lain yang diciptakan sendiri oleh manusia. Sudah pasti wujudnya pelbagai penambahan dan ketidakbenaran tentang agama itu apabila tercipta oleh makhluk yang serba kekurangan ini. Sumber ajaran Islam ialah dari Allah,Quran atau Sunnah. Firman Allah s.w.t, maksudnya: Sesungguhnya diturunkan Al-Qur’an pada malam lailatul Qadar.
- Islam adalah sebuah agama Islam yang syumul dan lengkap. Islam bebas dari sebarang kecacatan, kerana Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah Taala kepada makhluk ciptaannya. Islam telah menerangkan secara terperinci tentang tiap-tiap perkara dari pelbagai sudut tanpa sebarang kekurangan. Hukum Islam mencakupi seluruh ruang lingkup hidup manusia. Antaranya:i. Hukum akidah,ii. Hukum akhlak, iii.Hukum ibadat
iv. Hukum muamalat sesama manusia. Hukum muamalat sesama manusia pula terbahagi kekeluargaan, civil, prosedur, dalam negeri, antarabangsa, perlembagaan, kehartaan, jenayah.erbahagi kepada 4;
- Islam agama yang Umum. Maksudnya, Islam agama yang sesuai untuk semua zaman, tempat dan sesiapa sahaja.
1) Hukum Islam bertujuan menolak bencana dan memastikan maslahat- pensyariatan rukhsah kerana maslahat. Maslahat manusia bergantung kepada tiga perkara; daruriyat, hajiyat dan tahsinat.
a) Dharuriyyat. Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.
b) Hajiyyat. Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c) Tahsiniyyat. Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.
2. Prinsip dan tabiat hukum Islam memampukannya kekal dan sesuai.
Konsepnya, hukum Islam terbahagi dua. Pertama prinsip dasar dan kaedah umum. Prinsip dan kaedah ini dijadikan asas hukum. Sesuatu yang bercanggah dengannya di kira batal. Kedua hukum terperinci. Kaedah dan prinsip membuat Islam anjal.
Hukum terperinci pula memang diperlukan manusia. Antara prinsip itu ialah; Persamaan, Kebebasan, Keadilan, Syura. Antara kaedah umum ialah لا ضرر ولا ضرار ، الضرورة تبيح المحظورة ، سد الذريعة
- Islam merupakan agama yang Anjal. Anjal bererti Islam tetap daripada segi ketentuan hukum tetapi anjal daripada sudut pelaksanaan. Contoh, wajib menutup aurat hukum tetap, tetapi cara menutup aurat adalah anjal, ia boleh disesuai dengan budaya bangsa. Samalah seperti makanan halal dan lain-lain.
- Islam menetapkan wujudnya balasan dunia dan akhirat. Islam bukan hanya membimbing arah tujuan umatnya, namun diselitkan juga undang-undang islam. Hukuman dan ganjaran akan dibalas oleh Allah Taala secara langsung di dunia atau di akhirat kelak dengan pelbagai seksaan dan ganjaran. Hudud merupakan hukuman dunia yang dibuat oleh Allah kepada manusia yang melakukan kesalahan.
- Islam agama yang Realistik. Realistik ertinya Islam mengiktiraf kemampuan manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain. Islam memerlukan Muslim mencapai tahap kesempurnaan paling maksimum.
Islam adalah ad-din yang merangkumi keseluruhan lapangan hidup manusia. Islam merupakan satu sistem peraturan dan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadikan dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sekularisme imperialis Barat sering keliru dalam memahami hakikat Islam. Mereka sering mengaitkan Islam sama seperti agama-agama lain, dengan menyatakan Islam hanya merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan sahaja. Dalam erti kata lain, mereka merujukkan Islam kepada pengertian agama menurut Teologi, iaitu kebudayaan dan hubungan manusia dengan Tuhan.
Bagaimanapun, fahaman sedemikian tidak bertentangan dengan intisari Islam, kerana itu sememangnya satu bahagian dari hakikat Islam, Cuma fakta tersebut adalah suatu fahaman yang sempit. Islam sesungguhnya lebih sempurna dari itu.
Ketidaksalahan fahaman ini dapat dilihat dalam sebuah hadis berupa jawapan dari Baginda Rasullullah terhadap soalan Malaikat Jibril a.s tentang Islam di mana Nabi mengatakan bahawa Islam itu ialah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang mampu.
Oleh itu, jelaslah bahawa Islam adalah agama yang ditanzilkan oleh Allah s.w.t dengan perantaraan wahyu menerusi pesuruh-Nya yang suci serta kitab suci Al-Quran dan amalan-amalannya dicarakan dalam sunah nabi yang agung itu.
RUKUN ISLAM DAN KONSEPNYA
Maksud “Rukun” dalam kamus-kamus Arab, ialah:
a. sesuatu yang menguatkan
b. yang mempertahankannya atau memuliakannya
c. bahagian yang penting dan terkuat.
Islam terdiri daripada pelbagai cabang dan bahagiannya. Antaranya, ibadat, mu'amalat, munakahat, jinayat dan sebagainya. Ibadat pula merangkumi syahadah, solat, zakat, puasa, haji, amar makruf nahi munkar, jihad dan sebagainya.
Rukun Islam membawa maksud yang amat luas di mana ia merupakan nilai Islam pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya sebagai tiang agama. Sebagai contoh, sabda Rasullah yang bermaksud:
‘Sembahyang itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka sesungguhnnya ia mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.’
Hadis menjelaskan solat merupakan tiang agama. Ia berkait rapat dengan jatuh bangunnya Islam dalam diri seseorang . Jika ditinjau dari sudut yang lebih meluas dari konsep yang terkandung dalam rukun Islam, maka dapat diperincikan seperti berikut:-
Konsep Islam Sebagai Bangunan
Islam mengibaratkan rukun sebagai tiang agama. Diperjelaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w .dalam sebuah hadisnya yang menggambarkan Islam itu sebagai bangunan. Hadis itu bermaksud:
"Bandingan saya dengan Nabi-Nabi yang sebelum saya adalah seperti seorang yang membina sebuah bangunan. Semua bahagian dari bangunan itu telah siap, melainkan satu bahagian kecil lagi yang belum siap, semua orang yang melihat
bangunan itu memuji bangunan itu cuma ada kekurangannya. Sayalah (sabda Rasulullah) bahagian yang terakhir yang menyempurnakan bangunan itu. Sayalah Rasul terakhir yang diutus untuk melengkap sempurnakan bangunan itu."
Asas adalah aqidah. Tiang adalah rukun IsIam, Bumbung adalah pemerintahan Islam. Dinding adalah perlaksanaan undang-undangnya.
1. Konsep Rukun Islam Sebagai Skop Amalan
Rukun Islam bermula dari mengucap dua kalimah syahadah dan berakhir dengan haji, memberikan suatu gambaran tentang skop Islam yang meluas. Di mana Islam itu tidak terhenti di atas pengakuan dan amalan secara individu sahaja tetapi ianya memerlukan gerak kerja dan tindakan yang meliputi sehingga kepada persoalan negara dan ummah.
i. Mengislamkan diri
Setelah seseorang itu bersyahadah untuk mengislamkan diri, seorang muslim itu perlu mendirikan solat. Konsep solat merupakan perhubungan dua hala antara Allah dan manusia. Keluarga hendaklah diberi keutamaan sebelum masyarakat. Konsep menjaga diri dan keluarga telah dinyatakan oleh Allah s. w. t. kepada Nabi Muhammad s.a. w .sejak dari zaman permulaan Islam. Firmannya:
“Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu dan ahli-ahli {keluarga) kamu dari api neraka.”
iii. Kepimpinan umat Islam
Jika dilihat dari solat berjemaah, jelas kelihatan konsep kepimpinan yang amat diperlukan oleh umat Islam. Imam dalam solat memerlukan seorang yang mampu memimpin makmum. Konsep kepimpinan dalam solat memberikan suatu gambaran bahawa dalam Islam pemimpin hanya seorang sahaja. Pemimpin hendaklah patuh kepada hukum-hukum Allah s. w .t.
iv. Persaudaraan dan Pengurangan Kemiskinan
Kewajiban membayar zakat sebenarnya terselit di dalamnya konsep persaudaraan dan pengurangan kemiskinan yang dianjurkan oleh Islam.
Di samping itu, ianya dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Islam, dan dapat mendekatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan yang miskin.
v. Jihad dan Penyatuan Umat
Rukun berpuasa memaparkan persoalan jihad dalam erti kata yang sebenar . Jihad melawan nafsu dan jihad melawan mungkar . Jihad melawan nafsu ialah menjauhi perkara-perkara maksiat dan menghayati perkara ma’ruf. Konsep haji antara lainnya adalah konsep penyatuan umat. Konsep ketaatan dan kepatuhan kepada Allah secara mutlak.
2. Islam yang syumul
Falsafah yang terkandung dalam rukun Islam mengajak manusia menghayati Islam yang syumul . Mengucapkan dua kalimah syahadah, menggambarkan konsep kerja hati, mengimani Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w .mengingatkan manusia dalam sabdanya yang bermaksud:-
“Ingatlah bahawa dalam diri manusia ada keketul daging. Kalau baiklah ketulan itu, maka baiklah semua jasadnya. Kalau rosak ketulan itu, maka rosaklah semuanya. Ketulan tersebut ialah Qalbu. Konsep syahadah adalah konsep memperbetul dan memperbaikkan Qalbu itu supaya menjadi sejahtera. Kesejahteraan Qalbu adalah dengan beriman kepada Allah s.w.t.”
Solat mengandungi peringatan, bahawa tidak ada suatu gerak yang dilakukan oleh manusia didalamnya melainkan dengan menyebut Allahu Akhbar. Dari permulaan solat manusia menyebut Allahu Akhbar hingga kepada akhir solat. Konsep zakat adalah konsep penyucian lahiriah dan batiniah manusia. Konsep puasa dan falsafahnya merupakan penerusan dari konsep zakat yang antara lainnya difokuskan kepada penyucian batin manusia dari sifat-sifat yang keji.
Haji pada umumnya menggambarkan perjalanan manusia dalam hidup ini yang mesti menuju kepada Allah s.w.t. Dari Allah manusia datang dan kepada Allah jualah kita kembali. Konsep haji adalah konsep peringatan manusia tentang destinasi yang sedang ditujunya. Dari semua yang tersebut itu lahirlah Islam yang syumul dalam diri manusia.
No comments:
Post a Comment