Monday, August 4, 2008

minggu ke-3

31 julai 2008(8am-11am)

-Pada hari ini, puan Sakinah mengajar kami untuk membuat blog masing-masing.
-Sebelum membuat blog, kami perlu membuat alamat emel masing-masing di Gmail.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT ALAMAT EMEL GMAIL
  1. Saya taip GOOGLE. Saya klik Gmail dan klik SIGN UP.
  2. Saya klik CREATE AN ACCOUNT dan borang-borang untuk mengisi maklumat diri akan terpapar. Saya lengkapkan semuanya dan klik CONTINUE. Ucapan CONGRATULATIONS menunjukkan saya telah berjaya mencipta gmail saya. Alamat gmail saya ialah noorfaizzah151@gmail.com.
-Seterusnya ialah aktiviti untuk membuat blog.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT BLOG:
  1. Saya taip GOOGLE dan klik MORE dan EVEN MORE.
  2. Saya klik BLOGGER yang berwarna merah. Saya klik SIGN IN TO USE dan saya isikan alamat gmail saya berserta pasword saya. Saya klik SIGN IN.
  3. Selepas itu, saya Klik SIGN UP FOR BLOGGER dan borang maklumat diri akan terpapar. Setelah selesai mengisi kesemuanya, saya klik CONTINUE.
  4. Paparan NAME YOUR BLOG memerlukan saya untuk mengisi blog title dan blog address. Saya memilih blog title "FAIZZ_MASHI2" dan alamat URL saya ialah http://faizzahblog.com. Seterusnya, saya klik CONTINUE. Ikon CHOOSE A TEMPLATE terpapar. Saya pilih Template berwarna Pink dan klik CONTINUE. Paparan YOUR BLOG HAS BEEN CREATED menunjukkan saya telah berjaya mencipta blog.
  5. Seterusnya, saya klik START BLOGGING dan saya klik START POSTING. Sebagai permulaan blog, saya menceritakan tentang maklumat diri saya untuk makluman bloggers lain. Akhirnya, saya klik PUBLISH POST. Paparan YOUR BLOG PUBLISHED SUCCESSFULLY menunjukkan saya telah berjaya POST untuk pertama kalinya.
-Kami diminta untuk menghantar alamat url blog masing-masing kepada puan Sakinah dan kawan-kawan lain melalui yahoo.group.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHANTAR ALAMAT URL
  1. Saya taip laman web http://www.yahoo.com.
  2. Klik GROUP. Klik SIGN IN dan saya isikan alamat emel dan pasword saya.
  3. Seterusnya, saya klik POST dan taipkan alamat URL saya dan klik SEND.
-Puan sakinah meminta kami memasukkan (post) semua aktiviti yang telah dilakukan sepanjang kelas komputer dalam pendidikan ini.
-Setelah masing-masing menyiapkan kerja tersebut, kami diminta untuk membuka blog rakan lain dan memberi pandangan (comment) masing-masing terhadap blog mereka.

1 comment:

nor siti hazar miswan said...

macamana nak refleksi tentang hyperlink? agak susuah untuk membuat refleksi....