Thursday, April 15, 2010

kembali lagi..


Salam ...


dah setahun saya tinggalkan blog ni..dulu buat semata-mata untuk subjek wajib fakulti..jadi..sekarang rasanya nak aktifkan balik lah blog ni...harap ramai bloggers yang bagi sokongan dan tunjuk ajar untuk aktif blog ni..hehe...




Tuesday, October 21, 2008

MENCIPTA ACCESS

Pada minggu ini, Puan Sakinah mengajar kami utuk mencipta Access.

Langkah-langkah:

1) Buka Program Microsoft Access dan klik ikon kertas yang tertulis BLANK DATABASE.
2)
Taip “MAKLUMAT PELAJAR 6A 2007 ” pada ruangan FILE NAME. Kemudian klik ikon folder dan pada petak save as, klik save as type-microsoft office access (2002-2003) format. Kemudian klik CREAT .
3) Seterusnya, akan terpapar TABLE kosong. Pada table ini, kmi perlu mengisi maklumat peribadi pelajar.

a) Klik double klik pada Add New Field.
b) Kemudian taip NAMA pada petak pertama, petak kedua ALAMAT, petak ketiga NAMA BAPA, petak keempat NAMA IBU, petak kelima, PENDAPATAN, petak keenam NO TELEFON.
c) Right klik pada Table1 dan klik Save. Taip PERIBADI pada TABLE NAME.


4)
Kemudian, kita perlukan Table kedua untuk mengisi maklumat KURIKULUM.
a) Untuk mencipta table baru, klik CREAT dan pilih TABLE.

b) Dalam Table 2 ini, double klik pada Add New Field. Kemudian taip mata pelajaran, contohnya BM. Ulangi langkah yang sama juga untuk mata pelajaran PA,SYA,BA, dan PP.
c) Kemudian, right klik pada Table2 dan klik Save. Taip KURIKULUM pada TABLE NAME.


5)
Kemudian, kita perlukan Table kedua untuk mengisi maklumat KOKURIKULUM.
a) Untuk mencipta table baru, klik CREAT dan pilih TABLE.

b) Dalam Table 3 ini, double klik pada Add New Field.
Kemudian taip KELAB, PERSATUAN, dan SUKAN. c) Kemudian, right klik pada Table 3 dan klik Save. Taip KOKURIKULUM pada TABLE NAME.


6)
Seterusnya, kami perlu membuat RELATIONSHIP antara ketiga-tiga maklumat tadi.
a) Klik pada DATASHEET dan klik RELATIONSHIP.
b) Klik add untuk KOKURIKULUM, kemudian add dan klik untuk KURIKULUM, add PERIBADI dan klik OK dsn klik ikon close.

c) Selepas itu, tarik ID dalam kotak KOKURIKULUM ke ID dalam kotak KURIKULUM serta ID kotak KURIKULUM ditarik ke ID dalam kotak PERIBADI.
d) Kemudian klik CREATE.


7) Tugas yang seterusnya ialah mencipta borang untuk mengisi maklumat 5 oarang pelajar .
a) Klik CREATE dan pilih MORE FORM. Pada bahagian MORE FORM pilih FORM WIZARD.
b) Pada bahagian AVAILABLE FIELD, klik PERIBADI, dan pindahkan semua maklumat ke kanan dengan klik yang " >>".
c) Klik KURIKULUM, hanya pindahkan BM, PA, SYA, BA & PP sahaja.
d) Klik KOKURIKULUM, pindahkan semua maklumat ke kanan kecuali ID.
e) Kemudian klik NEXT, pilih COLUMNAR, klik NEXT, pilih NORTHWIND.
f) Kemudian pada bahagian tajuk, taip BORANG PELAJAR dan klik FINISH
. Paparan borang akan keluar, da borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap untuk 5 orang pelajar. Setelah siap borang pertama tadi, klik ikon ">" untuk mengisi borang kedua, begitu juga untuk borang yang seterusnya
.
g) setelah siap, right klik pada borang pelajar dan klik save dan close.

8)Seterusnya, kami dikehendaki membuat Pertanyaan.
a) Klik CREATE dan pilih QUERY WIZARD.
b) Pilih SIMPLE QUERY WIZARD dan klik OK.
Pilih table Peribadi. Kemudian pindahkan ID, NAMA dan PENDAPATAN ke kanan.
c) Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip PERTANYAAN PENDAPATAN KURANG 2000. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar.
d) Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.

e) Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah pendapatan dan taip <=2000. Klik OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya pendapatan ibubapa mereka yang kurang daripada RM 2000.

f) Untuk pertanyaan KURIKULUM, Klik peribadi dan pindahkan ID dan NAMA, Klik KURIKULUM dan pindahkan BA ke kanan.
g) Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip PERTANYAAN MARKAH BA KURANG 70. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar.
h) Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah BM dan taip “<=70. Klik OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya memperolehi markah kurang daripada 70.
i) Untuk pertanyaan KOKURIKULUM, klik Peribadi dan pindahkan ID & NAMA. Klik KOKURIKULUM dan pindahkan KELAB ke kanan. Klik NEXT dan pada bahagian TITLE, taip PERTANYAAN KELAB KEBUDAYAAN. Kemudian klik FINISH. Maka, akan dipaparkan nama pelajar.
j) Kemudian right klik pada bahagian Pertanyaan, pilih Design View.
Pada bahagian CRITERIA, klik pada bawah KELAB dan KELAB KEBUDAYAAN. Klik OK. Maka akan keluar nama pelajar yang hanya terlibat dengan bola jaring dalam sukan.


9) Tugasan akhir ialah membuat Laporan hasil dari pertanyaan tadi.
a) Klik CREATE dan pilih REPORT WIZARD.
b) Kemudian pilih Query pertanyaan pendapatan dan pindahkan medan ke kanan. Klik NEXT, NEXT dan pilih LANDSCAPE.
c) Klik ok dan pilih TABULAR, pilih NORTHWIND dan klik NEXT. Maka, akan keluar laporan untuk nama pelajar yang pendapatan kurang daripada 2000.
Begitu juga untuk pertanyaan KURIKULUM dan KOKURIKULUM, ulangi langkah yang sama seperti pertanyaan pada bahagian peribadi tadi.

10) Setelah siap semua laporan , segala tugasan kerja hendaklah di UPLOAD ke Yahoo.group.

MENCIPTA SPSS

Pada minggu ini, Puan Sakinah mengajar kami menggunakan SPSS. SPSS ialah sebuah program yang dapat membantu membuat hasil kajian tentang sesuatu maklumat.

Sebelum menggunakan SPSS, kami perlu membuat borang soal selidik dengan menggunakan program WORD. Terdapat 3 soalan tentang latar belakang responden dan 5 soalan lagi berkaiatn tentang kemahiran penggunaan komputer. Seterusnya, borang ini diedarkan kepada rakan-rakan seramai 25 orang.

Seterusnya, kami perlu mengira data hasil dari soal selidik yang dijalankan melalui maklumat-maklumat yang diperoleh dari borang kaji selidik tadi. Pengiraan data ini hendaklah dibuat melalui SSPS. Maka, kami klik pada program SPSS.

Langkah-langkah

1) Klik Variable View. Di dalam Variable view ini, kami hanya perlu mengisi soalan-soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik kami tadi.


2) Klik petak NAME, dan isikan maklumat seperti jantina, program, tahun, dan nombor-nombor soalan yang telah dikemukakan kepada responden.

3) Klik petak DECIMALS dan injakkan jumlah kesemua petak ke "0".

4) Klik petak MEASURE
. Petak ini merupakan pilihan kepada kita untuk menentukan jenis yang sesuai untuk setiap soalan kita. Maka, pada PROGRAM, kami pilih NOMINAL, TAHUN pilih ORDINAL, JANTINA pilih NOMINAL dan kelima-lima soalan tadi dipilih SCALE.

5)
Klik Discreat Missing Values dan jika kita telah kemukakan 5 soalan responden, maka di bahagian Discreat Missing Values kita letakkan nombor 6 sebagai soalan yang tiada jawapan.

6) Klik petak VALUES. Klik icon 3titik, kemudian pada ruangan Value, taip 1, manakala pada value label taip ‘Pendidikan Islam’..kemudian klik Add dan klik OK..Taip pula 2 pada bahagian value tadi, dan pada Value Label taip ‘Pendidikan Khas’. Taip 3 pula untuk ‘Pendidikan Sukan & Rekreasi’ dengan cara yang sama. · Ulangi langkah yang sama pada bahagian value untuk memasukkan data TAHUN, JANTINA, SOALAN1, SOALAN2, SOALAN3, SOALAN4 dan SOALAN5.

6) Klik petak ALIGN, dan klik Center untuk meletakkan kedudukan yang sama.

7) Seterusnya, klik DATA VIEW untuk mengisi jawapan-jawapan kesemua responden.

8) Seterusnya klik ANALYZE di bahagian menu dan klik DESCRIPTIVE STATISTICS dan pilih FREQUENCIES dan klik DISPLAY FREQUENCIES TABLE. Semua data tersebut hendaklah dipindahkan ke kanan dengan klik ikon ">".Seterusnya, klik CHART dan pilih PIE CHART dan akan muncul item CONTINUE dan klik OK

9) Setelah selesai, hantar ke yahoo.group

Wednesday, September 17, 2008

MENCIPTA EXCEL...

Pada minggu ini, Puan Sakinah mengajar kami tugasan yang seterusnya iaitu MENCIPTA EXCEL. EXCEL ini berfungsi untuk memudahkan pengiraan sesuatu terutama kepada para pendidik untuk mengira keputusan pelajar mengikut gred da markah yang dikehendaki.

Langkah-Langkah

1. Cari MICROSOF EXCEL.
2. Klik CELL yang dikehendaki untuk mengisikan data-data seperti NAMA GURU, KELAS, BILANGAN PELAJAR, NAMA PELAJAR, SENARAI MATAPELAJARAN, DAN MARKAH .
3. Kemaskan data-data tersebut dengan meletakkan border di setiap table tersebut. caranya, Klik HOME, dan klik imej table dan pilih imej yang menunjukkan table yang keseluruhan sisinya digaris.
4. Seterusnya, saya perlu membuat table "GRED" di bawah table keputusan pelajar supaya kerja mengira manjadi mudah dan gred dapat diletak secara automatik .

A) GRED

1) Select semua cell GRED .
2) Klik FORMULARS dan Klik DEFINE NAME dan taip GRED di ruangan NAME dan klik OK.
3) Untuk mengisi GRED pelajar secara automatik, saya perlu select cell pertama yang hendak diisikan grednya.
4) Caranya, klik FORMULAS dan klik INSERT FUNTION (fx) , klik ALL dan pilih VLOOKUP dan klik OK.
5) Fungsions Arguments akan terpapar dan saya perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan . Antaranya, a) MENU LOOKUP _ VALUE-saya klik markah yang hendak dikira. b) TABLE ARRAY-klik column GRED. c) COL_INDEX_MIN,-taip "2" .d) RANGE_LOOKUP- taip TRUE dan klik OK. Gred untuk markah tersebut akan dikira secara automatik. Untuk mengisi markah yang lain, saya hanya perlu menarik cursor sehingga ke pelajar yang terakhir dan gred markah pelajar akan wujud. Ulang perkara yang sama untuk subjek yang seterusnya.

B) MENGIRA JUMLAH

1) Untuk kiraan JUMLAH MARKAH KESELURUHAN, KLIK cell JUMLAH pertama yang hendak dikira.
2) Klik FORMULARS dan klik AUTOSUM dan klik SUM.
3) Klik semua markah subjek pelajar tersebut dan tekan ENTER. Maka, jumlah markah pelajar akan diperoleh dengan automatik.
4) Saya hanya perlu menarik ke bawah sahaja untuk mendapatkan jumlah keseluruhan pelajar yang lain.

C) UNTUK MEMBUAT PURATA GRED

1) Mula-mula, taipkan BILANGAN PURATA PELAJAR MENGIKUT GRED dan letakkan gred A, B, C, D dan E mengikut subjek.
2) Kemaskan jadual dengan membuat tablenya. Klik HOME dan klik imej table dan pilih imej yang menggariskan semua sisinya.
3) Seterusnya, letakkan cursor di cell pertama untuk mencari purata bilangan pelajar yang mendapat GRED A. Klik FORMULARS dan Klik INSERT FUNTION (fx), klik COUNTIF dan klik OK. Fungsion argumentnya akan terpapar. Isikan RANGE- select MARKAH PELAJAR DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DARI MARKAH PELAJAR PERTAMA HINGGA PELAJAR TERAKHIR. CRITERIA,- TAIP "A" dan klik OK. Ulang perkara yang sama untuk mencari purata yang lain.

D) MEMBUAT ANALISIS PEROLEHAN GRED BAGI SESUATU SUBJEK DENGAN MENGGUNAKAN CARTA PAI

1) Select PURATA GRED bagi subjek pertama dan klik item INSERT, klik PIE dan pilih bentuk PIE yag dikehendaki.
2) Klik pie yang mempunyai peratus dan gred.
3) Klik TITLE di PIE tersebut dan taipkan nama subjek yang dikehendaki.
4) Ulang langkah-langkah ini untuk mencari PIE untuk subjek lain. Kemaskan lagi gambarajah pie tersebut.


Setelah siap kesemuanya, saya UPLOAD semua kerja tugasan kepada Puan Sakinah dan rakan-rakan YAHOO.GROUP melalui yahoo group.

Caranya:
1) Klik alamat YAHOO.com dan pilih YAHOOGROUP DAN SIGN IN.
2) Klik FILE dan klik ADD FILE.
3) Klik BROWSE dan cari document yang hendak di UPLOAD dan klik OK

YEEEAAA!! SIAP DAH...BOLEH BALIK SARAWAK...HEHEHE


Sunday, September 14, 2008

MENCIPTA POWERPOINT, BROSHUR DAN BUKU PROGRAM

A) MENCIPTA POWER POINT

Puan Sakinah meminta kami mencipta powerpoint dengan tajuk masing-masing. Saya memilih untuk menyediakan powerpoint bertajuk ISLAM DAN ZUHUD. Langkah-langkah untuk mencipta powerpoint ialah:

1) Cari Microsoft Power Point, klik VIEW.
2) Klik SLIDE MASTER dan pilih slide master yang dikehendaki.
3) Saya klik Title dan isikan ISLAM DAN ZUHUD. Saya klik subtitle untuk mengisi maklumat diri sepert nama, nombor matrik dan program.
4) Saya klik INSERT dan klik PICTURE untuk mencari logo untuk deletakkan pada slide tersebut. 5) Setelah itu, klik CLOSE MASTER VIEW. Untuk mendapatkan slide yang seterusnya, klik NEW SLIDE.

6) Puan Sakinah meminta kami memasukkan HYPERLINK didalam slide. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah klik COPY slide yang perlu untuk di hyperlink dan PASTE kan slide tadi pada slide yang terakhir .
7) Seterusnya, kembali semula pada slide asal yang ingin di HYPERLINK. SELECT tulisan yang akan dibuat hyperlink.
8) Kemudian pergi ke INSERT dan klik HYPERLINK. Di dalam HYPERLINK, klik PLACE IN THIS DOCUMENT. Dibahagian SELECT A PLACE IN THIS DOCUMENT, pilih slide pertama yang telah di copy dan klik OK.
9) Setelah itu, saya pergi ke slide pertama yang dicopy dan saya klik INSERT . Saya pilih arrow dan satu petak yang akan diisikan maklumat-maklumat yang berkaitan. Untuk mengisi maklumat tersebut, saya klik RIGHT-KLIK pada mouse dan pilih EDIT TEXT.
10) Saya ulangi perkara tersebut sebanyak 3 kali sehingga selesai.
11) Seterusnya, saya perlu set-up slide show yang akan dipaparkan kelak. Oleh itu, saya klik SLIDESHOW dan klik SETUPSLIDESHOW.
12) Untuk memastikan saya tidak memaparkan slide yang dihyperlink kan tadi, maka saya klik FROM 1 to 5 dan klik OK.
13) Di dalam slide saya, saya turut meletakkan animasi-animasi untuk menjadikan slide saya menarik.
14) Oleh itu, saya klik ANIMATIONS dan klik CUSTOM ANIMATION. Saya perlu select perkataan yang hendak dianimasikan dan pilih jenis animasi dan klik OK.
15) Akhirnya, slide show saya berjaya disiapkan dan saya upload ke yahoo.group

B) MENCIPTA BROSHUR


1) Cari MICROSOFT WORD, klik PAGE LAYOUT.
2) Klik MARGINS dan klik CUSTOMS MARGINS untuk menentukan kiraan margins kiri,kanan, atas dan bawah pamplet.
3) Kemudian klik ORENTATION , klik LANDSCAPE dan klik OK.
4) Seterusnya, klik item COLUMNS. Saya klik item yang menunjukkan 3 columns.
5) Kami dikehendaki untuk meletakkan wordart, table dan picture dalam broshur masing-masing.
6) Cara-caranya ialah klik INSERT dan pilih WORDART, TABLE & PICTURE yang dikehendaki dan klik OK.
7) Akhirnya, broshur saya berjaya disiapkan.

C) MENCIPTA BUKU PROGRAM

1) Cari MICROSOFT WORD, klik PAGE LAYOUT.
2) Klik MARGINS dan klik CUSTOMS MARGINS. Saya tetapkan kesemuanya sebanyak 1"
3) Kemudian saya klik ORIENTATION dan klik LANDSCAPE, klik PAGES dan pilih BOOK FOLD dan klik OK.
4)
Kami dikehendaki untuk meletakkan wordart, table dan picture dalam buku program masing-masing.
6) Cara-caranya ialah klik INSERT dan pilih WORDART, TABLE & PICTURE yang dikehendaki dan klik OK.

7) Seterusnya, saya perlu meletakkan Page Number. Maka, saya klik menu INSERT dan klik PAGE NUMBERS.
8) Saya klik CENTER dan klik OK.
9) Akhirnya, buku program saya telah berjaya disiapkan.




Monday, August 4, 2008

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

MEMAHAMI APA ITU ISLAM
Islam adalah agama Allah yang diperintahkan-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk diajarkan pokok-pokok dan peraturan-peraturannya, ditugaskan-Nya untuk menyampaikan agama tersebut kepada umat manusia dan mengajak mereka untuk memeluknya. FirmanNya, Maksudnya: Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam

Dari sudut bahasa, Islam membawa kepada pelbagai makna kerana perkataan Islam itu adalah nama terbitan dan kata kerjanya ialah perkataan “salam” yang mengandungi tiga makna iaitu:
  1. Tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin. Islam merupakan satu-satunya agama yang sempurna dari pelbagai sudut. Islam merupakan agama yang diwahyukan Allah s.w.t kepada utusan terakhir umat Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah menurunkan Al-Qur’an sebagai panduan umatnya sebagai bekalan hidup di dunia ini.
  2. Damai, aman dan sejahtera. Islam diturunkan untuk kesejahteraan dan rahmat manusia sejagat dan islam bukanlah sebuah agama yang dilabelkan sebagai agama keganasan. Agama ini adalah agama yang membawa kebaikan dan bukan menganjur kepada kerosakan kepada makhluk ciptaan-Nya.
  3. Taat dan menyerah. Taat bermaksud tunduk dan patuh kepada setiap ajaran. Ini bermaksud agama Islam merupakan sebuah agama yang menekankan sikap taat dan patuh kepada Allah dan ajarannya. Contohnya, amalan ‘Amar ma’aruf nahi munkar”. Menyerah pula boleh diertikan sebagai mengabdikan diri dengan sepenuhnya kepada Allah s.w.t kerana berpegang kepada nas Al-Quran bahawa “sesungguhnya tidak dijadikan manusia itu selain untuk beribadat kepada Allah s.w.t.”
Dari sudut syarak pula, Islam bermaksud mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadanya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

CIRI KHUSUS ISLAM
Setiap agama mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri khusus Islam ialah;
  • Islam adalah agama dari Allah. Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. Islam tidak seperti agama-agama lain yang diciptakan sendiri oleh manusia. Sudah pasti wujudnya pelbagai penambahan dan ketidakbenaran tentang agama itu apabila tercipta oleh makhluk yang serba kekurangan ini. Sumber ajaran Islam ialah dari Allah,Quran atau Sunnah. Firman Allah s.w.t, maksudnya: Sesungguhnya diturunkan Al-Qur’an pada malam lailatul Qadar.
  • Islam adalah sebuah agama Islam yang syumul dan lengkap. Islam bebas dari sebarang kecacatan, kerana Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah Taala kepada makhluk ciptaannya. Islam telah menerangkan secara terperinci tentang tiap-tiap perkara dari pelbagai sudut tanpa sebarang kekurangan. Hukum Islam mencakupi seluruh ruang lingkup hidup manusia. Antaranya:i. Hukum akidah,ii. Hukum akhlak, iii.Hukum ibadat
    iv. Hukum muamalat sesama manusia. Hukum muamalat sesama manusia pula terbahagi kekeluargaan, civil, prosedur, dalam negeri, antarabangsa, perlembagaan, kehartaan, jenayah.erbahagi kepada 4;
  • Islam agama yang Umum. Maksudnya, Islam agama yang sesuai untuk semua zaman, tempat dan sesiapa sahaja.
Buktinya :
1) Hukum Islam bertujuan menolak bencana dan memastikan maslahat- pensyariatan rukhsah kerana maslahat. Maslahat manusia bergantung kepada tiga perkara; daruriyat, hajiyat dan tahsinat.
a) Dharuriyyat. Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.
b) Hajiyyat. Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c) Tahsiniyyat. Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.
2. Prinsip dan tabiat hukum Islam memampukannya kekal dan sesuai.
Konsepnya, hukum Islam terbahagi dua. Pertama prinsip dasar dan kaedah umum. Prinsip dan kaedah ini dijadikan asas hukum. Sesuatu yang bercanggah dengannya di kira batal. Kedua hukum terperinci. Kaedah dan prinsip membuat Islam anjal.
Hukum terperinci pula memang diperlukan manusia. Antara prinsip itu ialah; Persamaan, Kebebasan, Keadilan, Syura. Antara kaedah umum ialah لا ضرر ولا ضرار ، الضرورة تبيح المحظورة ، سد الذريعة
  • Islam merupakan agama yang Anjal. Anjal bererti Islam tetap daripada segi ketentuan hukum tetapi anjal daripada sudut pelaksanaan. Contoh, wajib menutup aurat hukum tetap, tetapi cara menutup aurat adalah anjal, ia boleh disesuai dengan budaya bangsa. Samalah seperti makanan halal dan lain-lain.
  • Islam menetapkan wujudnya balasan dunia dan akhirat. Islam bukan hanya membimbing arah tujuan umatnya, namun diselitkan juga undang-undang islam. Hukuman dan ganjaran akan dibalas oleh Allah Taala secara langsung di dunia atau di akhirat kelak dengan pelbagai seksaan dan ganjaran. Hudud merupakan hukuman dunia yang dibuat oleh Allah kepada manusia yang melakukan kesalahan.
  • Islam agama yang Realistik. Realistik ertinya Islam mengiktiraf kemampuan manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain. Islam memerlukan Muslim mencapai tahap kesempurnaan paling maksimum.
KONSEP ISLAM
Islam adalah ad-din yang merangkumi keseluruhan lapangan hidup manusia. Islam merupakan satu sistem peraturan dan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadikan dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sekularisme imperialis Barat sering keliru dalam memahami hakikat Islam. Mereka sering mengaitkan Islam sama seperti agama-agama lain, dengan menyatakan Islam hanya merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan sahaja. Dalam erti kata lain, mereka merujukkan Islam kepada pengertian agama menurut Teologi, iaitu kebudayaan dan hubungan manusia dengan Tuhan.
Bagaimanapun, fahaman sedemikian tidak bertentangan dengan intisari Islam, kerana itu sememangnya satu bahagian dari hakikat Islam, Cuma fakta tersebut adalah suatu fahaman yang sempit. Islam sesungguhnya lebih sempurna dari itu.
Ketidaksalahan fahaman ini dapat dilihat dalam sebuah hadis berupa jawapan dari Baginda Rasullullah terhadap soalan Malaikat Jibril a.s tentang Islam di mana Nabi mengatakan bahawa Islam itu ialah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang mampu.
Oleh itu, jelaslah bahawa Islam adalah agama yang ditanzilkan oleh Allah s.w.t dengan perantaraan wahyu menerusi pesuruh-Nya yang suci serta kitab suci Al-Quran dan amalan-amalannya dicarakan dalam sunah nabi yang agung itu.

RUKUN ISLAM DAN KONSEPNYA
Maksud “Rukun” dalam kamus-kamus Arab, ialah:
a. sesuatu yang menguatkan
b. yang mempertahankannya atau memuliakannya
c. bahagian yang penting dan terkuat.
Islam terdiri daripada pelbagai cabang dan bahagiannya. Antaranya, ibadat, mu'amalat, munakahat, jinayat dan sebagainya. Ibadat pula merangkumi syahadah, solat, zakat, puasa, haji, amar makruf nahi munkar, jihad dan sebagainya.
Rukun Islam membawa maksud yang amat luas di mana ia merupakan nilai Islam pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya sebagai tiang agama. Sebagai contoh, sabda Rasullah yang bermaksud:
‘Sembahyang itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka sesungguhnnya ia mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.’
Hadis menjelaskan solat merupakan tiang agama. Ia berkait rapat dengan jatuh bangunnya Islam dalam diri seseorang . Jika ditinjau dari sudut yang lebih meluas dari konsep yang terkandung dalam rukun Islam, maka dapat diperincikan seperti berikut:-
Konsep Islam Sebagai Bangunan
Islam mengibaratkan rukun sebagai tiang agama. Diperjelaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w .dalam sebuah hadisnya yang menggambarkan Islam itu sebagai bangunan. Hadis itu bermaksud:
"Bandingan saya dengan Nabi-Nabi yang sebelum saya adalah seperti seorang yang membina sebuah bangunan. Semua bahagian dari bangunan itu telah siap, melainkan satu bahagian kecil lagi yang belum siap, semua orang yang melihat
bangunan itu memuji bangunan itu cuma ada kekurangannya. Sayalah (sabda Rasulullah) bahagian yang terakhir yang menyempurnakan bangunan itu. Sayalah Rasul terakhir yang diutus untuk melengkap sempurnakan bangunan itu."
Asas adalah aqidah. Tiang adalah rukun IsIam, Bumbung adalah pemerintahan Islam. Dinding adalah perlaksanaan undang-undangnya.
1. Konsep Rukun Islam Sebagai Skop Amalan
Rukun Islam bermula dari mengucap dua kalimah syahadah dan berakhir dengan haji, memberikan suatu gambaran tentang skop Islam yang meluas. Di mana Islam itu tidak terhenti di atas pengakuan dan amalan secara individu sahaja tetapi ianya memerlukan gerak kerja dan tindakan yang meliputi sehingga kepada persoalan negara dan ummah.
i. Mengislamkan diri
ii. Mengislamkan Keluarga dan Masyarakat
Setelah seseorang itu bersyahadah untuk mengislamkan diri, seorang muslim itu perlu mendirikan solat. Konsep solat merupakan perhubungan dua hala antara Allah dan manusia. Keluarga hendaklah diberi keutamaan sebelum masyarakat. Konsep menjaga diri dan keluarga telah dinyatakan oleh Allah s. w. t. kepada Nabi Muhammad s.a. w .sejak dari zaman permulaan Islam. Firmannya:

“Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu dan ahli-ahli {keluarga) kamu dari api neraka.”
iii. Kepimpinan umat Islam
Jika dilihat dari solat berjemaah, jelas kelihatan konsep kepimpinan yang amat diperlukan oleh umat Islam. Imam dalam solat memerlukan seorang yang mampu memimpin makmum. Konsep kepimpinan dalam solat memberikan suatu gambaran bahawa dalam Islam pemimpin hanya seorang sahaja. Pemimpin hendaklah patuh kepada hukum-hukum Allah s. w .t.
iv. Persaudaraan dan Pengurangan Kemiskinan
Kewajiban membayar zakat sebenarnya terselit di dalamnya konsep persaudaraan dan pengurangan kemiskinan yang dianjurkan oleh Islam.
Di samping itu, ianya dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Islam, dan dapat mendekatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan yang miskin.
v. Jihad dan Penyatuan Umat
Rukun berpuasa memaparkan persoalan jihad dalam erti kata yang sebenar . Jihad melawan nafsu dan jihad melawan mungkar . Jihad melawan nafsu ialah menjauhi perkara-perkara maksiat dan menghayati perkara ma’ruf. Konsep haji antara lainnya adalah konsep penyatuan umat. Konsep ketaatan dan kepatuhan kepada Allah secara mutlak.
2. Islam yang syumul
Falsafah yang terkandung dalam rukun Islam mengajak manusia menghayati Islam yang syumul . Mengucapkan dua kalimah syahadah, menggambarkan konsep kerja hati, mengimani Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w .mengingatkan manusia dalam sabdanya yang bermaksud:-
Ingatlah bahawa dalam diri manusia ada keketul daging. Kalau baiklah ketulan itu, maka baiklah semua jasadnya. Kalau rosak ketulan itu, maka rosaklah semuanya. Ketulan tersebut ialah Qalbu. Konsep syahadah adalah konsep memperbetul dan memperbaikkan Qalbu itu supaya menjadi sejahtera. Kesejahteraan Qalbu adalah dengan beriman kepada Allah s.w.t.”

Solat mengandungi peringatan, bahawa tidak ada suatu gerak yang dilakukan oleh manusia didalamnya melainkan dengan menyebut Allahu Akhbar. Dari permulaan solat manusia menyebut Allahu Akhbar hingga kepada akhir solat. Konsep zakat adalah konsep penyucian lahiriah dan batiniah manusia. Konsep puasa dan falsafahnya merupakan penerusan dari konsep zakat yang antara lainnya difokuskan kepada penyucian batin manusia dari sifat-sifat yang keji.
Haji pada umumnya menggambarkan perjalanan manusia dalam hidup ini yang mesti menuju kepada Allah s.w.t. Dari Allah manusia datang dan kepada Allah jualah kita kembali. Konsep haji adalah konsep peringatan manusia tentang destinasi yang sedang ditujunya. Dari semua yang tersebut itu lahirlah Islam yang syumul dalam diri manusia.

minggu ke-3

31 julai 2008(8am-11am)

-Pada hari ini, puan Sakinah mengajar kami untuk membuat blog masing-masing.
-Sebelum membuat blog, kami perlu membuat alamat emel masing-masing di Gmail.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT ALAMAT EMEL GMAIL
  1. Saya taip GOOGLE. Saya klik Gmail dan klik SIGN UP.
  2. Saya klik CREATE AN ACCOUNT dan borang-borang untuk mengisi maklumat diri akan terpapar. Saya lengkapkan semuanya dan klik CONTINUE. Ucapan CONGRATULATIONS menunjukkan saya telah berjaya mencipta gmail saya. Alamat gmail saya ialah noorfaizzah151@gmail.com.
-Seterusnya ialah aktiviti untuk membuat blog.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT BLOG:
  1. Saya taip GOOGLE dan klik MORE dan EVEN MORE.
  2. Saya klik BLOGGER yang berwarna merah. Saya klik SIGN IN TO USE dan saya isikan alamat gmail saya berserta pasword saya. Saya klik SIGN IN.
  3. Selepas itu, saya Klik SIGN UP FOR BLOGGER dan borang maklumat diri akan terpapar. Setelah selesai mengisi kesemuanya, saya klik CONTINUE.
  4. Paparan NAME YOUR BLOG memerlukan saya untuk mengisi blog title dan blog address. Saya memilih blog title "FAIZZ_MASHI2" dan alamat URL saya ialah http://faizzahblog.com. Seterusnya, saya klik CONTINUE. Ikon CHOOSE A TEMPLATE terpapar. Saya pilih Template berwarna Pink dan klik CONTINUE. Paparan YOUR BLOG HAS BEEN CREATED menunjukkan saya telah berjaya mencipta blog.
  5. Seterusnya, saya klik START BLOGGING dan saya klik START POSTING. Sebagai permulaan blog, saya menceritakan tentang maklumat diri saya untuk makluman bloggers lain. Akhirnya, saya klik PUBLISH POST. Paparan YOUR BLOG PUBLISHED SUCCESSFULLY menunjukkan saya telah berjaya POST untuk pertama kalinya.
-Kami diminta untuk menghantar alamat url blog masing-masing kepada puan Sakinah dan kawan-kawan lain melalui yahoo.group.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHANTAR ALAMAT URL
  1. Saya taip laman web http://www.yahoo.com.
  2. Klik GROUP. Klik SIGN IN dan saya isikan alamat emel dan pasword saya.
  3. Seterusnya, saya klik POST dan taipkan alamat URL saya dan klik SEND.
-Puan sakinah meminta kami memasukkan (post) semua aktiviti yang telah dilakukan sepanjang kelas komputer dalam pendidikan ini.
-Setelah masing-masing menyiapkan kerja tersebut, kami diminta untuk membuka blog rakan lain dan memberi pandangan (comment) masing-masing terhadap blog mereka.